Monday, December 19, 2011

Terkena Lagi..=,='

inilah perasaannya di hack.sekian.

Random from friends

Salam.

Hello everybody!
On behalf of Liyana Khalil, me, shyra will update her blog. 
Finally!


Ouh yeah!
We are very busy right now.
Didn't sleep at all.
Got to finish our assignment!
Poster hoyeahhhhhhh!

Okebabai.

Sunday, September 11, 2011

SEMESTER BARU TELAH BERMULA!

Hai! Hai! Hai! 
Nampaknya cuti 4 bulan dah berakhir.. Esok mulalah balik kuliah, lab yang da lama sgt tinggalkan..
arghhh!! bosan nyaaa~~ bila da lama cuti, otak pon da beku! hahahaha..

Aha! Bila dah masuk sem baru nie jugaklah, title da berubah..
Bukan 'junior' dah, tapi 'SENIOR'!!!
hehehe..

Sekarang memang xsabar2 nak tengok adik2 junior melalui zaman orientasi dorang..
Teringat masa mula mula masuk as pelajar baru..
Tengah2 nak relax lepas orientasi U, konon konon orientasi da habis..
Tapi TAK! 
Orientasi kolej pulak baru nk mula!!

So, untuk adik adik junior, bersabarlah menghadapi cabaran..
Lalui lah dengan gembira!
sebab nanti bila teringat balik, mana tahu dapat tersenyum sendiri.. 
Harap2 lah.. hee..

Okieyh, salam!! ^_^

Tuesday, June 28, 2011

Have a wonderful Holiday?

Assalamualaikum w.b.t.


4 bulan cuti memang mendatangkan macammacam feeling. Bagi yang gila duit ofcourse, part time job pagi and petang. Bagi yang terlebih duit, holiday tak hentihenti. Bagi yang cukupcukup duit, kejap part time job, kejap holiday..thihihi..merapu lagi.


Yang suka memasak pulak, masa ni la nak test semula bakat yang terpendam. and bagi kaki ulat buku, time cuti gini pun mentelaah lagi untuk semester depan. Huh? Ada ke? 


Yang kaki online, masa ni sangat banyak movie baru yang nak didownload, sangat banyak entri yang nak dipost, sangat banyak status yang nak di update.


And masa ni jugak, sangat ramai la couple yang nak mendirikan masjid. Alhamdulillah. 


See. Sangat banyak benda yang manusia lakukan masa cuti. So, dont ever try to involve in anything that may harm yourself. Eventhough nak sangat join perhimpunan haram 9 Julai ni, elakkanlah. Sebab takut nanti kita yang dapat susah. 




So guys,
Have a great holiday!


Wassalam.

Saturday, April 30, 2011

11 orang yang didoakan oleh malaikat

Assalam..
Genaplah sebulan tiga hari tidak menulis entri..
muahahaha..
pemalas yang amat!
sampai ada orang kutuk blog saya suda berabukkkk..ngeeeeeee~~~
teeettttttttttttttttt!!!
xpe lah..

sekarang nak share pasal 11 orang yang didoakan malaikat..
td terbaca kat fb n terasa nak share..
bukan senang malaikat nak doakan kita melainkan terserempak dengan malam lailatul qadar..
tupun kalau la kan....Amin..


PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan.

Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."


5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."



6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat."




7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.



"Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?"


Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.'"


8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"


9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...'"


10. Orang yang sedang makan sahur.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."


11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."



 semoga kita kita tergolong dalam manusia yang didoakan malaikat..Amin.

Monday, March 21, 2011

rahsia kentut

muahaha..
salam. 
entri agak x senonoh tp nk share jugak.
tadi masa tgah wat assingment ngan coursemate ktrg bukak la web yg macammacam la..
pastu..jumpa satu artikel ni..
'rahsia kentut'
muahahahaha..sebab tanak gelak sorangsorang, 
sye dgan baek hatinya nk share ngan korg sume..
sharing is caring =)


1. Orang TIDAK JUJUR
    Orang yang kalau kentut lalu menyalahkan orang lain.

2. Orang BINGUNG
    Orang yang menahan kentutnya sampai berjam-jam.

3. Orang BERWAWASAN 2020
    Orang yang tahu masa yang terbaik untuk kentut.

4. Orang SENGSARA
    Orang yang ingin kentut tapi tidak boleh kentut.

5. Orang MISTERIUS
    Orang yang kalau kentut, orang lain tidak ada yang tahu.

6. Orang GUGUP
    Orang yang tiba-tiba terkentut bila di sergah.

7. Orang yang PERCAYA DIRI SENDIRI
Orang yang melepaskan kentutnya dengan bunyi yang amat lantang

8. Orang PEMALU
Orang yang kentut tidak bunyi tapi gusar orang terbau kentutnya.’

9. Orang yang STRATEGIK
Orang yang menyembunyikan kentutnya dengan tertawa terbahak-bahak biar orang lain tidak dapat mendengar bunyi kentutnya.

10. Orang BODOH
Orang yang kalau habis kentut menghirup nafas untuk mengganti angin kentutnya yang sudah keluar.

11. Orang PELIK
Orang yang boleh mengeluarkan kentut apabila di suruh

12. Orang SOMBONG
Orang yang sering mencium kentutnya sendiri dan bercerita akan keharuman kentutnya.

13. Orang RAMAH
Orang yang tidak kisah mencium kentut orang lain.

14. Orang yang tidak senang BERGAUL
Orang yang suka kentut bila berkumpul dengan teman-teman.

15. Orang AKUATIK
Orang kalau gemar dikentutnya di dalam air

16. Orang ATLETIK
Orang kalau kentut sambil mengeluarkan tenaga dalam.

17. Orang JUJUR
Orang yang mengaku kalau habis kentut

18. Orang PINTAR
Orang yang boleh menghurai kandungan bau kentut orang lain seperti bau telur atau buah durian.

19. Orang KELAKAR
Orang yang bila ketawa sambil kentut

20. Orang yang ROMANTIK
Orang yang kentut bunyinya mendayu dan berirama merdu ketika sedang berdating

21. Orang yang TIDAK SIHAT
Orang yang bila batuk dia akan terkentut

22. Orang yang PANAS BARAN
Orang yang mudah marah bila terbau kentut walaupun kentutnya sendiri

23. Orang yang PELUPA

Orang yang tertanya-tanya bila terbau kentut padahal dia
sendiri yang kentut


p/s: agakagak korang kategori yang mane? muahahha..